ARTIKEL

dua lelaki hilang Selangau, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Selangau, Rumah Penggang Batu 36 Tamin, mencari katak Selangau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sibu

Dua lelaki cari katak dilaporkan hilang dalam hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Dua lelaki dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Penggang, Batu 36, Tamin, di sini selepas tidak pulang daripada mencari katak sejak Khamis lalu.

Usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan dengan bantuan penduduk setempat dan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut sekitar jam 11.20 pagi, hari ini.

“Pasukan kami yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi II Jaree Mohamad segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum memulakan operasi SAR,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, dua mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Stephen Meron, 51, dan Rowney Lau Siew Kiong, 44.

Kedua-dua mereka memasuki hutan bersama dua saudara mereka yang lain untuk mencari katak pada petang Khamis (2 Januari) lalu.

Difahamkan, kumpulan tersebut berpecah kepada dua pasukan kecil.

“Pengadu bersama seorang lagi saudara mereka berjaya keluar dari hutan, namun Stephen dan Rowney gagal dikesan sehingga kini,” ujar Andy.

Keluarga mangsa yang cuba mencari mereka sejak Khamis akhirnya membuat laporan polis hari ini selepas usaha sendiri tidak berhasil.

Andy turut menjelaskan cabaran besar dalam operasi SAR adalah keadaan cuaca yang sering berubah serta kawasan hutan yang tebal dan sukar ditembusi.

Walaupun begitu, pasukan SAR tetap komited dalam usaha mencari mangsa, dibantu oleh penduduk setempat yang arif dengan selok-belok kawasan berkenaan.

“Kami menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua mangsa agar segera tampil membantu siasatan.

“Segala bentuk bantuan dan maklumat amat dihargai bagi mempercepatkan pencarian,” katanya.

Operasi SAR dijangka diteruskan hingga lewat petang ini dan perkembangan terkini akan diumumkan dari semasa ke semasa. 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha