Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Dua lelaki diserang buaya ketika lihat pancing labi-labi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anggota polis memantau kawasan parit berdekatan Taman Kopodim di Jalan Matang, Padawan susulan kes serangan buaya ke atas dua lelaki ketika hendak melihat pancing yang dipasang di tepi parit berkenaan.

PADAWAN: Dua lelaki bernasib baik apabila dapat menyelamatkan diri daripada serangan seekor buaya besar.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka hendak melihat pancing yang dipasang di tepi parit berdekatan taman perumahan, Taman Kopodim di Jalan Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata berdasarkan laporan daripada mangsa, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi.

“Semasa hendak melihat pancing yang dipasang untuk menangkap labi-labi, tiba-tiba seekor buaya cuba menyerang namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Sebelum beredar dari kawasan itu, mereka ternampak sepasang selipar berwarna hitam dan tiga batang kayu berada di tepi parit tetapi mereka tidak menjumpai sesiapa berada di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata menurut mangsa, buaya itu dianggarkan sepanjang kira-kira 10 kaki serta saiz sebesar tong gas.

Susulan itu, Abang Zainal berkata pihaknya kemudian memaklumkan mengenai kejadian kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya juga telah membuat pemantauan di lokasi kejadian.

Baca lain  Patuhi SOP, jangan sebar khabar angin

“Pihak SFC dan polis akan berkolaborasi bagi operasi mengesan dan menangkap buaya berkenaan dalam minggu ini,” katanya.

Katanya penduduk di kawasan sekitar juga telah dimaklumkan supaya tidak memancing serta berada di kawasan berdekatan parit tersebut kerana buaya itu dipercayai sangat ganas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru