ARTIKEL

TAHAN... Dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki cecair dipercayai air ketum dalam satu operasi di Kampung Seniawan, di sini, lewat malam tadi.

Dua lelaki ditahan disyaki miliki air ketum di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dua lelaki tempatan berusia 34 dan 53 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki cecair dipercayai air ketum dalam satu operasi di Kampung Seniawan, di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintenden Freddy Stanislaus Bian berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek membawa kepada penemuan cecair disyaki air ketum yang dipercayai untuk kegunaan sendiri, selain tidak menolak kemungkinan ia diedarkan secara kecil-kecilan di kawasan setempat.

“Siasatan awal turut mendapati bahan ketum tersebut dipercayai dihasilkan sendiri melalui tanaman yang dilakukan di kawasan sekitar kediaman suspek dan perkara itu kini sedang disiasat lanjut oleh pihak polis,” katanya.

Tambah Freddy, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, katanya, polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran serta penggunaan berulang bahan terlarang, termasuk tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi kesalahan berulang, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebatan tidak lebih tiga kali jika sabit kesalahan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke