ARTIKEL

Dua lelaki ditahan pandu dalam keadaan mabuk di Jalan Tabuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam Operasi Mabuk di Jalan Tabuan pada 6 November lalu.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Alexson turut berkata sebanyak 17 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU