ARTIKEL

Dua lelaki ditahan, parang dan alat curi kabel ditemukan dalam kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan polis selepas dikejar dari Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang, manakala kenderaan mereka didapati menyimpan senjata tajam, peralatan mencuri kabel dan dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid, menyatakan kedua-dua suspek ditangkap ketika Isuzu Dmax yang dinaiki mereka berada di persimpangan Jalan Jelatek dan Jalan Taman Setiawangsa, berdekatan stesen minyak Caltex seperti dilapor Bernama.

Menurut beliau dalam kenyataan hari ini, pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemukan sebilah parang dan sabit, alatan mencuri kabel seperti alat pembuka manhole, serta bahan yang disyaki dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958 bagi kesalahan membawa atau memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Siasatan turut dibuat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki atau membawa harta yang disyaki dicuri atau diperoleh secara curang, serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dadah.

Sebelum itu, beberapa video yang tular di media sosial memaparkan anggota polis, dibantu orang ramai, mengejar dua suspek yang cuba melarikan diri selepas melanggar kenderaan awam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU