ARTIKEL

SUSPEK kes dadah ditahan di Roban, semalam.

Dua lelaki ditahan positif dadah di Roban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROBAN: Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di kawasan Roban pada Selasa berjaya menahan dua lelaki yang disyaki penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek berusia 33 dan 28 tahun itu ditahan oleh Pasukan Petugas Khas IPD Saratok.

Menurutnya, hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kedua-dua suspek merupakan penduduk tempatan dari Roban.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 33 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala rakannya mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah termasuk tangkapan pada tahun lalu dan 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kedua-dua suspek kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU