ARTIKEL

TAHAN…Dua suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan polis, malam tadi.

Dua Lelaki Positif Dadah Ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi yang dijalankan antara 6 petang hingga 9 malam itu melibatkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) bersama-sama pasukan IPD Bau, dengan fokus kepada pengesanan penyalahgunaan dadah melalui ujian saringan awal.

“Kedua-dua suspek masing-masing berusia 55 dan 25 tahun itu hadir di pejabat BSJND sebelum menjalani ujian air kencing, yang kemudiannya menunjukkan keputusan positif bagi bahan terlarang berkenaan.

“Hasil ujian saringan awal mendapati kedua-dua individu terbabit positif amphetamine dan methamphetamine, sekali gus membawa kepada penahanan mereka di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Siasatan awal tambah Mohd Haide turut mendapati kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil dadah jenis syabu kira-kira dua hari sebelum ditahan.

Beliau berkata, tiada sebarang rampasan dadah atau peralatan berkaitan ditemui sepanjang operasi dijalankan, menjadikan kes ini lebih tertumpu kepada pengesanan penggunaan bahan terlarang melalui ujian forensik.

“Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha