ARTIKEL

Dua lelaki terlibat kes khianat kenderaan ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki ditangkap semalam kerana disyaki terlibat dalam kes khianat kenderaan yang dilaporkan berlaku di Taman Pangol Jaya, Jalan Lapangan Terbang di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek berumur 42 dan 33 tahun ditangkap sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Stapok Utama, Batu Kawa.

Katanya, kes berkenaan mengakibatkan pengadu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM3,850.

“Hasil semakan rekod kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod tangkapan lampau melibatkan tiga kes jenayah dan tiga kes dadah.

“Manakala ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, permohonan reman telah dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Kuching bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda dengan kedua-duanya.

Beliau dalam pada itu mengalu-alukan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di Daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat menerusi nombor telefon 082-244444 melalui aplikasi VSP 2.0.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU