ARTIKEL

Dua lelaki trauma selepas lori terbalik di Pusa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Dua lelaki ditemui dalam keadaan trauma setelah lori pengangkut 10 tan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Saratok-Betong berhampiran simpang Pusa, di sini, hari ini.

Kejadian melibatkan dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 44 tahun yang menaiki lori muatan buah sawit dalam perjalanan dari Saratok menuju ke Sri Aman.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian pada jam 6.48 pagi.

Menurutnya, pemandu dilaporkan masih tersepit di tempat duduk hadapan manakala seorang lagi mangsa yang merupakan kelindan berjaya keluar daripada lori berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi membuat tindakan memindah mangsa ke tempat selamat seterusnya membuat penstabilan terhadap mangsa.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan trauma dan sedar ketika diberi rawatan awal,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, mangsa yang dilaporkan mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Saratok untuk tindakan rawatan lanjut.

Anggota bomba yang terlibat turut menunjukkan operasi secara normal baharu dengan penambahan peralatan pelitup muka semasa melakukan operasi menyelamat mangsa pada masa kejadian di lokasi.

Turut hadir, beberapa anggota Unit Peronda Polis Diraja Malaysia serta beberapa pegawai perubatan daripada Hospital.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah