ARTIKEL

PRESIDEN PBBS...Mohamad Azri Johari.

Dua lokasi pemilihan terakhir PBBS hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sesi pemilihan yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya dan Stadium Terbuka Kota Samarahan yang dijadualkan berlangsung Sabtu dan Ahad ini merupakan pentas terakhir bagi Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) mengenal pasti pemain berbakat.

Presiden PBBS, Mohamad Azri Johari menyatakan, sesi pemilihan pada Sabtu nanti di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya akan bermula pukul 2 petang.

Sementara itu, sesi pemilihan pada hari Ahad di Stadium Terbuka Kota Samarahan akan bermula pukul 8 pagi.

“Kita menyeru pemain muda atau berpengalaman dari serata kawasan ini (Kota Samarahan) untuk mengikuti sesi pemilihan yang akan diadakan dua hari itu nanti,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Hujung minggu lepas (2 & 3 Ogos) telah berlangsung sesi pemilihan pemain di dua lokasi berbeza, iaitu Stadium Simunjan dan Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya.

Azri akui terdapat pemain berpotensi untuk diketengahkan bagi pembentukan skuad sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2025.

“Kita berharap sesi pemilihan hujung minggu ini dapat memberi peluang untuk mengenal pasti pemain berbakat di kawasan sekitar yang terlibat,” tambah Azri.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil