ARTIKEL

Orang ramai dijemput memeriahkan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026. FB WEE HONG SENG 黄鸿圣

Dua lokasi tayangan skrin besar final Piala Dunia FIFA 2026 di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bahang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Argentina bakal dirasai di Kuching menerusi dua lokasi tayangan skrin besar yang dijangka menghimpunkan ribuan peminat bola sepak pada awal pagi Isnin.

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak akan menganjurkan tayangan langsung di Queens Bee, Batu 3, bermula 3.00 pagi dengan pelbagai aktiviti sampingan disediakan bagi memeriahkan suasana.

Antara pengisian menarik ialah cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah berupa jersi Piala Dunia FIFA 2026, selain pertandingan teka jumlah gol dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi pengunjung.

Program berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBS Sarawak sebagai usaha menyemarakkan semangat kesukanan serta menggalakkan orang ramai menikmati perlawanan akhir secara beramai-ramai dalam suasana selamat dan harmoni.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) turut menganjurkan tayangan skrin besar di Dataran MBKS yang bermula lebih awal bagi membolehkan orang ramai berkumpul sebelum sepak mula.

Penganjur turut mewujudkan suasana santai berkonsepkan perkhemahan, dengan pengunjung digalakkan membawa khemah kecil, kerusi lipat atau beg tidur untuk menikmati pengalaman menonton bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain tayangan menerusi skrin LED gergasi, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada gerai yang beroperasi sepanjang program berlangsung.

Perlawanan akhir kali ini menemukan dua kuasa besar bola sepak dunia, dengan Sepanyol memburu kejuaraan dunia kali kedua selepas muncul juara pada 2010, manakala Argentina berusaha mempertahankan gelaran yang dimenangi pada Piala Dunia 2022 di Qatar, selain memburu kejuaraan dunia keempat dalam sejarah negara itu.

Orang ramai yang ingin menghadiri tayangan skrin besar di kedua-dua lokasi dinasihatkan hadir lebih awal untuk mendapatkan tempat yang selesa memandangkan sambutan dijangka menggalakkan.

KAPSYEN:

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU