ARTIKEL

Dua masjid, lima surau di Beladin diarah tutup sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELADIN: Dua masjid serta lima surau di Kampung Beladin ditutup sementara berkuat kuasa hari ini. Arahan ini kerana terdapat kes dikesan di kariah masjid dan surau berkenaan.

Menurut kenyataan Majlis Islam Sarawak (MIS) semalam, ia melibatkan sebuah dewan serbaguna yang dijadikan masjid sementara serta Masjid Sinar Islam Lama di Kampung Tengah.

Manakala bagi surau pula melibatkan Surau Darul Salam (Kampung Hilir), Surau Tengah Beladin, Surau Darul Ehsan (Kampung Hulu), Surau Sinar Islam (Kampung Hilir) serta Surau Darul Imtiyaz di SMK Beladin.

Berikutan arahan tersebut, semua aktiviti termasuk solat fardhu dan Solat Jumaat bermula hari ini sehingga 18 Mac tidak dibenarkan.

Penduduk tidak dibenarkan memasuki kesemua masjid dan surau berkenaan sepanjang tempoh tersebut kecuali 12 ahli jawatankuasa pengurusan termasuk pegawai bagi melaungkan azan, solat fardhu dan Solat Jumaat.

Masyarakat malah dinasihatkan agar tidak hadir ke masjid atau surau lain bagi mengekang penularan Covid-19.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan