ARTIKEL

MAUT…Dua maut dalam kemalangan di Bukit Sabal Tapang, Jalan Serian-Sri Aman, pagi tadi.

Dua maut, enam cedera dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dua maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah Toyota Avanza di Bukit Sabal Tapang, Jalan Serian-Sri Aman, hari ini.

Komander Operasi, PBK I Fairus Jamain berkata, panggilan kecemasan diterima pada 09:37 pagi, dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan tiba di lokasi pada 10:32 pagi, kira-kira 54 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan lapan mangsa, termasuk seorang bayi, dalam keadaan berbeza-beza. Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala enam lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Fairus, laporan awal mendapati tiga mangsa cedera ringan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Dua mangsa lain tersepit di dalam kenderaan, manakala seorang mangsa dan bayi berada di dalam kenderaan dan cedera ringan, katanya.

“Dua mangsa berada di dalam parit dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Serian.

“Pasukan kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut,” kata Fairus.

Seramai 12 anggota bomba dari BBP Simunjan dan BBP Serian terlibat menggunakan sebuah jentera FRT dan LFRT.

Mereka membantu mengeluarkan mangsa, memastikan keselamatan lokasi, serta membersihkan kesan kemalangan di kawasan terbabit.

“Agensi lain yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM yang menguruskan mangsa cedera dan menjalankan siasatan awal punca kemalangan.

“Mangsa cedera segera dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, manakala identiti mangsa yang meninggal dunia sedang disahkan pihak polis,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan