ARTIKEL

Dua maut, seorang cedera parah kereta bertembung lori simen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Dua maut dan seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki tiga sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di kawasan Skirau, Jalan Sri Aman-Lingga, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, dua yang maut merupakan pemandu Proton Exora Joll Mohamad, 56 dan penumpang belakang Latifah Mohamad, 62.

Menurutnya lagi, penumpang hadapan dikenali sebagai Fatimah Abdullah mengalami cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV Exora yang dalam perjalanan dari Sri Aman ke arah Lingga hilang kawalan apabila tiba di kawasan Skirau.

“Ia dipercayai telah memasuki laluan sebelah, lalu melanggar bahagian hadapan lori simen dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan kepada media, malam tadi.

Jelasnya, akibat kemalangan tersebut lori simen terjunam ke dalam parit, sementara MPV Exora terseret ke bahagian kiri jalan.

“Pemandu dan penumpang belakang MPV Exora disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Sri Aman.

“Sementara pemandu lori berusia 43 tahun terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman. Wanlie Baro disahkan mengalami kecederaan pada kedua-dua kaki,” ujarnya.

Kata Mathew, mayat dibawa ke Hospital Sri Aman dan polis menyiasat lanjut kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan yang teruk.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU