ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua nelayan tempatan ditemui selamat selepas dilapor hilang di Pulau Pintu Gedong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Dua lelaki tempatan ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika memancing 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong, pada Selasa lepas.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, dalam kenyataannya, berkata kedua-dua mereka dijumpai bersama jet ski terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong, pada 3.45 petang, hasil maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah.

“Anak salah seorang mangsa memaklumkan bahawa Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50, dan Micheal Januarius, 68, keluar memancing pada 11.30 pagi sebelum dilaporkan hilang.

“Susulan itu, Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada 2 pagi, 18 Dis, dan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti Royal Youth Club Selangor,” katanya.

Beliau menambah, kedua-dua mangsa dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah, Pelabuhan Klang, dan selamat tiba pada 8.35 malam semalam.

Abdul Muhaimin berkata, mangsa memaklumkan jet ski yang dinaiki mengalami kerosakan enjin akibat tali sauh tersangkut pada bahagian pendesak (impeller).

“APMM menasihati komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan,” katanya.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU