ARTIKEL

Bot nelayan yang turut disita dalam Operasi Khas Raja Laut pada Jumaat lalu.

Dua nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia dalam Ops Khas Raja Laut, nilai tangkapan disita lebih RM1 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua nelayan warga Vietnam telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki menceroboh perairan negara pada jarak 141 batu nautika ke barat laut Tanjung Sirik di sini pada Jumaat lalu.

Pengarah APMM Zon Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar, mendedahkan bahawa turut disita adalah bot yang dinaiki mereka, dan nilai tangkapan yang dibuat sempena Operasi Khas Raja Laut itu dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta.

“Dalam operasi tersebut, turut ditahan dua kru, termasuk tekong warga Vietnam yang masing-masing berumur 41 dan 42 tahun.

Dua nelayan warga Vietnam yang ditahan APMM kerana disyaki menceroboh perairan negara.

“Vesel nelayan asing itu disyaki melakukan kesalahan kerana memasuki Zon Maritim Malaysia tanpa memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, katanya, kesemua kru telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau menegaskan bahawa APMM akan terus meningkatkan kawalan dan pemantauan bagi membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara, terutamanya di sekitar perairan Sarawak.

Jelasnya, APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan atau aktiviti jenayah di laut.

Untuk sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204/Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) untuk maklum balas segera.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan