ARTIKEL

Foto X/UKAS Sarawak

Dua petinju Sarawak mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Dua petinju Sarawak, Frederick Xian Bartholomew Albern dan Clavia Charlene Sudang kenedy mara ke perlawanan akhir masing-masing dalam acara feather weight (54kg-57kg) lelaki dan flyweight (48kg-52 kg) yang dijadual berlangsung pada Jumaat.

Frederick Xian mara selepas menewaskan wakil Pulau Pinang Muhammad Aiman Danish Mohd Suhairi menerusi pukulan Knock Out (KO) pada pusingan pertama manakala Clavia Charlene pula berjaya menumbangkan Nur Farzana Husna Shahrelamdan dari Negeri Sembilan menerusi kemenangan 5-0 pada aksi separuh akhir semalam.

Clavia Charlene akan bertemu wakil Pulau Pinang T Sharmela yang mara selepas menumbangkan petinju Sabah Elize Sherly Lai Alfonso 5-0 sementara Frederick Xian akan membuat pertembungan dengan atlet Sabah, Joel evekly Jain yang menewaskan Mohamad Fareezad Mohamad Tamisi dari Perak 5-0.

Sementara itu hasrat petinju Sarawak Aidith Aqida Abdullah untuk mara ke final acara Hevayweight atas 86kg tidak kesampaian apabila ‘Referee Stopped Contest’ (RSC) diberikan kepada lawannya Danaraj Anantha Selvam.

RSC diberikan pengadil apabila petinju tidak dapat melindungi diri sendiri ataupun tidak layak untuk meneruskan pertarungan. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU