ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua rakan dipenjara miliki harta curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki harta curi.

Royce Akong, 45, dan Chung Chint Choy, 47, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi sebuah kereta pacuan empat milik seorang wanita berusia 33 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah restoran makanan segera terkemuka di Matang Jaya, sekitar 12.30 tengah malam, 9 November 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bersama-sama sepasukan polis mengekori sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mencurigakan dengan nombor pendaftaran SS 3000 Y.

Hasil pemeriksaan terdapat dua lelaki di dalam kereta tersebut dan beberapa bilah senjata tajam di bahagian tempat duduk belakang.

Semakan pada nombor casis enjin kereta tersebut mendapati terdapat rekod kenderaan hilang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU