ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua rakan maut dalam perjalanan pulang selepas cuti beraya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN, Pahang: Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR), menghala ke Kuala Lipis petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, bersama rakannya, Kisnawita Saad, 46, dalam perjalanan pulang ke Sungai Buluh, Selangor selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri di Kelantan. 

“Siasatan mendapati motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.

“Mangsa lelaki, iaitu penunggang motosikal, Mohd Mazuan, dan pembonceng wanita, Kisnawita, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ismail berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

– BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA