ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua rakan sejenayah lupus harta curi dihukuman denda RM4,000 atau penjara 12 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan sejenayah masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana melupuskan harta curi kabel elektrik dan pita tembaga milik sebuah syarikat pembinaan perumahan, 2 Julai lalu.

Mohamad Syukri Abdullah, 23, dan seorang pesalah muda berusia 20 tahun masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melupuskan harta curi 20 meter kabel elektrik dan 20 meter pita tembaga dengan menjual ke sebuah kedai lusuh di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, sekitar 7 petang, 2 Julai lepas.

Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, jika sabit kesalahan, boleh hukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 3 Julai lepas, sekitar 8 pagi, pengadu berada di tapak pembinaan mendapati segulung kabel elektrik dan segulung pita tembaga hilang dicuri.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa penangkapan kedua-dua tertuduh dalam Op Lusuh pasukan polis di dua tempat berasingan pada 4 Julai lepas.

Kedua-dua tertuduh kemudian memandu arah pihak polis ke tempat mereka menjual kedua-dua barang tersebut di sebuah kedai membeli dan menjual barang-barang lusuh.

Setiba di kedai berkenaan, kerani kedai menunjukkan terdapat resit atas nama kedua-dua tertuduh menjual kabel elektrik dan pita tembaga.

Hasil siasatan mendedahkan kedua-dua tertuduh melupus harta curi dengan menjual kabel elektrik dan pita tembaga milik syarikat pembinaan perumahan tersebut.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi