ARTIKEL

TAHAN… Sekitar operasi khas yang dijalankan pada malam Ahad.

Dua remaja ditahan, tiga motosikal disita dalam operasi samseng jalanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua remaja lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan, manakala tiga motosikal disita dalam operasi khas membanteras kegiatan samseng jalanan di Masja, di sini, malam Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, operasi berkenaan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

“Kedua-dua remaja tersebut ditahan kerana disyaki menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Dalam operasi sama, Alexson berkata, tiga motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 akta tersebut selepas didapati telah diubah suai daripada spesifikasi asal.

Polis turut memeriksa 16 individu dan 16 motosikal, sekali gus mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, katanya.

“Operasi seperti ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhemah, mematuhi undang-undang serta mengelak daripada terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha