ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Dua remaja maut terkena mercun buatan sendiri di Jerman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Dua pemuda berusia 18 tahun maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dalam kemalangan melibatkan mercun buatan sendiri di Bandar Bielefeld, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak polis.

Kemalangan itu berlaku di lokasi berbeza di Bielefeld, dalam negeri Rhine Utara-Westphalia di barat Jerman pada malam ambang Tahun Baharu, menurut kenyataan polis pada awal pagi Khamis.

Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul.

Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujudnya kecuaian pihak ketiga dalam kedua-dua kes berkenaan, menurut polis. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

BERITA TERBARU