KUCHING: Dua buah rumah panjang di daerah Saratok dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula hari ini hingga 29 Mei.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PKPD tersebut melibatkan Rumah Entingi Nanga Ingu Kabo, Krian dan Rumah Engkabi Tingkat Seblak, Roban, Saratok.
Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan PKPD di empat lagi rumah panjang ditamatkan hari ini.
“Ini termasuk Rumah Luni anak Jugah, Mukah, Rumah Manna anak Mulok, Mukah, Rumah Nelson Chuat anak Galong, Mukah dan Rumah Mut, Nangga Maong, Sungai Mujok,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.



