ARTIKEL

Dua sekolah dapat RM10,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua buah sekolah di sini masing-masing menerima sumbangan bernilai RM5,000 bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, semalam.

Sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 1 dan SK Kuala 2.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin kepada wakil PIBG.

Menurut beliau, sumbangan itu ialah dana bantuan untuk mematuhi SOP bagi tujuan membersihkan bangunan dan kawasan.

“Selain itu, sumbangan digunakan untuk membeli pembersih tangan dan alat pengimbas suhu badan serta pelitup muka bagi mereka yang tidak mempunyai pelitup muka,” katanya.

Kim Shin turut mengingatkan ibu bapa dan pelajar supaya bekerjasama dalam mematuhi SOP ketika berada di sekolah.

“Kita perlu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya di bahagian tangan dan kawasan sekolah,” ujarnya. Turut hadir Pemanca Abang Mohamad, Kapitan Ngieng Hock Diing dan Ketua Kampung dari kampung masing-masing.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU