ARTIKEL

DIDENDA… Dua wanita tempatan didenda oleh Mahkamah Majistret Miri selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti penjualan tambah nilai perjudian dalam talian. |Foto IPD MIRI.

Dua Wanita Didenda Jual Tambah Nilai Perjudian Dalam Talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua wanita tempatan dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa lepas selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti penjualan tambah nilai perjudian dalam talian dalam dua kes berasingan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kes pertama, seorang wanita berusia 25 tahun didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, tertuduh ditahan pada 29 Julai lalu kira-kira 10 pagi dalam pemeriksaan yang dijalankan sepasukan polis di sebuah premis perniagaan 24 jam di Miri.

“Hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik tertuduh mendapati aplikasi laman sesawang perjudian dalam talian sedang aktif digunakan bagi menjalankan aktiviti penjualan tambah nilai perjudian.

“Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit jenama Realme 14C serta wang tunai RM75 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan itu untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut seksyen yang sama dan dijatuhi hukuman penjara dua hari serta denda RM2,200 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Beliau berkata, wanita itu ditahan pada 2 Ogos lalu di sebuah premis perniagaan di kawasan Lambir, sebelum pemeriksaan membawa kepada rampasan sebuah telefon bimbit jenama Redmi dan wang tunai RM60 yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti perjudian berkenaan.

Mohd Farhan berkata, PDRM memandang serius sebarang bentuk kegiatan perjudian haram, termasuk aktiviti penjualan tambah nilai perjudian dalam talian, dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram diseru supaya menyalurkannya kepada IPD Miri atau mana-mana balai polis berhampiran. Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras serta keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat