ARTIKEL

Narissa (tengah) dibawa keluar oleh anggota polis dari bilik Mahkamah Majistret 3.

Dua wanita warga asing mengaku salah terlibat aktiviti pelacuran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua orang wanita warga asing masing-masing dijatuhkan hukuman denda atau penjara di dua Mahkamah Majistret berasingan, atas kesalahan terlibat dalam aktiviti persundalan di sebuah pusat spa dan kecantikan di Jalan Airport, Mac lalu.

Narissa Nuda, 29, dari Thailand itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Magistrate Leona Dominic Mojiliu.

Manakala, Juliana, 31, dari Indonesia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Juliana (kiri) dibawa keluar oleh anggota polis bersama-sama tertuduh yang lain dari bilik Mahkamah Majistret 1.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka melakukan kesalahan itu sekitar 2.15 petang, 23 Mac lepas.

Leona menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan terhadap Narissa.

Manakala, Nursyaheeqa menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Juliana.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu serbuan pusat terbabit oleh pihak polis lalu menangkap dua wanita warga asing kerana dipercayai melakukan aktiviti pelacuran.

Rampasan barang turut dilakukan seperti minyak pelincir, kondom dan wang tunai.

Hasil siasatan mendedahkan, Narissa ditangkap ketika sedang bersama-sama pelanggannya di dalam sebuah bilik.

Juliana pula sedang menunggu giliran untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Selain itu, Juliana mengaku dia melayan tiga hingga empat pelanggan sehari.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Aidil Akmal Sharidan, dan DPP Muhammad Afiq Safly Nor Kazly.

Siasatan kes dilakukan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Logeswara Tharumalay@Krishnan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha