ARTIKEL

TAHAN… Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam Op Tiris yang dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa di sebuah tapak kuari di Gunung Sta’at, Bau, semalam.

Dua warga Indonesia ditahan dalam Op Tiris di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam Op Tiris yang dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa di sebuah tapak kuari di Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman, berkata kedua-dua suspek berusia 37 dan 43 tahun itu ditahan kerana dipercayai berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Tangkapan dibuat kira-kira jam 1.05 petang hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dijalankan di sebuah tapak kuari dekat sini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemeriksaan awal di lokasi mendapati sebuah tangki simpanan (skid tank) yang mengandungi diesel mempunyai permit serta dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan lanjut ke atas dua lelaki yang berada di kawasan sama mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.

“Kedua-dua suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek memasuki Malaysia secara sah melalui pintu masuk Imigresen Biawak, Lundu pada 2021, namun gagal memperbaharui pasportnya selepas tamat tempoh sah,” katanya lagi.

Dalam operasi yang sama, kata Mohd Haide, seorang lagi suspek mengaku memasuki negara ini secara haram melalui laluan tidak sah atau dikenali sebagai jalan tikus di kawasan Biawak, Lundu pada tahun lalu.

Katanya, polis turut merampas tiga unit telefon bimbit, sebuah pasport Indonesia dan sekeping kad pengenalan Indonesia bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” ujar beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU