ARTIKEL

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)

DUBS sokong pemerkasaan usahawan Bumiputera melalui syarikat milik kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) melihat keperluan untuk memperkukuh ekosistem penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negeri sebagai agenda penting, selaras dengan transformasi pembangunan yang sedang dilaksanakan di Sarawak.

Presiden DUBS, Datu Haji Abang Halmi bin Ikhwan berkata, bahawa sokongan terhadap pendekatan yang digariskan oleh kepimpinan negeri melalui penglibatan syarikat milik kerajaan negeri (SOE) merupakan langkah strategik bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, fasa pembangunan ekonomi Sarawak ketika ini menuntut pendekatan yang lebih inklusif, khususnya dalam membuka ruang kepada usahawan Bumiputera untuk terlibat dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga, digital dan industri berteknologi.

“SOE perlu terus diperkasa sebagai platform utama yang bukan sahaja mengurus pelaburan kerajaan, malah turut berperanan sebagai pemangkin yang menghubungkan usahawan tempatan dengan projek berskala besar,” katanya.

Beliau berkata, DUBS menyambut baik dan menyokong penuh penegasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar SOE memperluas peranan mereka dalam memperkasa penyertaan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi yang sedang berkembang pesat di negeri ini.

Menurutnya, kenyataan Premier Sarawak itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan ekonomi negeri bersifat inklusif, mampan dan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat, khususnya komuniti Bumiputera.

“Dalam masa yang sama, masih wujud keperluan untuk memperluas akses usahawan Bumiputera kepada peluang pasaran, khususnya dalam projek utama yang sebelum ini didominasi oleh pemain industri besar.

“Sehubungan itu, DUBS mencadangkan agar lebih banyak inisiatif pemadanan perniagaan dan pendedahan projek dilaksanakan secara berstruktur bagi memastikan usahawan tempatan dapat bersaing secara lebih kompetitif,” katanya.

Abang Abdul Halmi berkata, pembangunan kapasiti usahawan perlu diberi penekanan melalui latihan, bimbingan teknikal serta pendedahan kepada amalan industri semasa bagi memperkukuh daya saing mereka di pasaran.

Tambah beliau, usaha memperkasa penyertaan Bumiputera perlu diseimbangkan dengan keperluan untuk memastikan SOE terus beroperasi secara cekap, berdaya saing dan berorientasikan prestasi.

“Pendekatan pembangunan ekonomi yang seimbang akan memastikan kedua-dua pihak, iaitu SOE dan usahawan tempatan, dapat berkembang seiring dalam ekosistem yang lebih mampan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata agenda pemerkasaan Bumiputera bukan sekadar usaha jangka pendek, sebaliknya merupakan strategi jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya tahan dan berkeupayaan tinggi di negeri ini.

Oleh yang demikian, katanya, DUBS optimis bahawa pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif akan memperkukuh kedudukan usahawan Bumiputera, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu