ARTIKEL

BAHAS… Soon Koh semasa perbahasan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dulu sisa dilupuskan, sekarang jadi sumber keuntungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bersedia menjadikan sisa sebagai sumber ekonomi melalui cadangan penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025.

ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, lembaga ini akan mengurus pelbagai jenis sisa, termasuk sisa, pepejal, organik, industri dan berbahaya dengan pendekatan inovatif dan bersepadu.

‘’Penubuhan lembaga ini adalah tepat pada masanya dan bersifat strategik bagi Sarawak. Apabila negeri ini mempercepat pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta mengembangkan kluster tenaga boleh diperbaharui agroteknologi petrokimia dan pembuatan berteknologi tinggi pengurusan sisa tidak boleh lagi dijalankan secara berpecah di pelbagai agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Soon Koh berkata, lembaga tunggal dan berkuasa ini penting untuk memastikan sisa tidak lagi dilihat sebagai beban pelupusan tetapi sebagai sumber bahan mentah dan komponen utama dalam ekonomi kitaran.

Bagi Sarawak katanya, penubuhan lembaga ini bukan sekadar peningkatan pentadbiran—ia merupakan keperluan ekonomi dan langkah perlindungan alam sekitar.

‘’Untuk berfungsi dengan berkesan lembaga mesti diberikan kuasa jelas, kukuh dan boleh dikuatkuasakan yang semuanya telah diterangkan dalam RUU tersebut.

‘’Lembaga ini mesti lebih daripada sekadar birokrasi. Ia harus menjadi pusat utama ekonomi hijau Sarawak menggabungkan kekuatan, pengawalseliaan, kapasiti teknologi dan strategi industri.

‘’Dengan kuasa dan fungsi yang jelas, lembaga ini akan mengubah sisa daripada beban menjadi aset ekonomi, sambil melindungi alam sekitar dan memastikan Sarawak lebih bersih dan hijau untuk generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu kata Soon Koh, RUU ini boleh diringkaskan dengan satu kenyataan mudah: “Sisa bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi berguna.”

Pada masa lalu katanya, sisa dianggap sebagai masalah—sesuatu yang perlu dikubur, dibakar atau diabaikan begitu sahaja.

‘’Namun dengan kemajuan teknologi dan perkembangan ekonomi, kitaran sisa kini dilihat bukan sebagai penghujung hayat sesuatu produk tetapi permulaan rantai nilai baharu.

‘’Sisa menjadi berguna apabila kerajaan melaksanakan polisi yang tepat, membina infrastruktur yang sesuai dan membentuk kesedaran serta minda yang betul dalam kalangan rakyat. Apa yang sebelum ini dianggap sampah—sisa makanan, plastik, logam terpakai, elektronik, serpihan pembinaan—boleh diubah menjadi tenaga, baja, bahan mentah industri, bahan pembinaan, malah mineral kritikal.

‘’Dengan kata lain, sisa bukan lagi liabiliti tetapi ia adalah sumber aset ekonomi dan peluang strategik,’’ katanya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu