ARTIKEL

Dr Sim semasa sesi penggulungan di DUN. | Foto: Ghazali Bujang

DUN lulus RUU Bangunan (Pindaan) 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Bangunan (Pindaan) 2025 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sebentar tadi.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Sarawak mahu mempunyai peraturan tersendiri untuk mengiktiraf jurutera dan arkitek mengikut standard Sarawak.

“Anda tidak boleh menandatangani pelan bangunan jika tidak mengetahui undang-undang Sarawak. Inilah keadaannya, betapa pentingnya perkara ini,” katanya ketika menyampaikan sesi penggulungan di DUN, hari ini.

Sementara itu, ADUN Batu Kawa itu mendedahkan antara perkara yang dibangkitkan oleh pihak pemaju ialah mereka mahukan pemeriksa bertauliah yang diakreditasi.

“Mereka menyatakan bahawa di Semenanjung Malaysia tidak perlu menunggu pihak majlis untuk membuat semakan kerana mengambil masa.

“Maka, mereka boleh memilih pemeriksa profesional bertauliah bagi membuat semakan bagi pihak majlis, bukan untuk mengekang kuasa majlis,” jelasnya.

Berhubung dengan isu sama ada kita mempunyai tenaga yang mencukupi, undang-undang itu akan dikuatkuasakan hanya sekiranya sudah bersedia.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu