ARTIKEL

Henry ketika ditemu bual media apabila ditanya tentang kemungkinan DUN Tasik Biru disaingi tiga hingga empat penjuru.

DUN Tasik Biru terbuka kepada sesiapa sahaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak bertanding, sekali gus membuka kemungkinan persaingan tiga hingga empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sarawak Ke-13 ini.

Penyandang DUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, berkata, perkara itu sebahagian daripada proses demokrasi dan kerusi berkenaan terbuka untuk ditandingi sesiapa sahaja.

“Sesiapa yang layak kita alu-alukan kerana diri saya sendiri tidak tahu. Kita andaikan belum tahu lagi kerana kita menunggu watikah.

“Jadi saya katakan secara umum ia terbuka kepada sesiapa sahaja,” katanya ketika ditemu bual media selepas menyempurnakan Program Pemangkin Pembangunan Insan Daerah Bau anjuran Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bau dan Yayasan Sarawak di Pusat Budaya Bidayuh, di sini hari ini.

Henry yang juga Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada persaingan itu akan memecahkan undi Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau sebaliknya.

“Itu tidak dapat komen. Biarlah pengundi dan pengulas politik yang memberikan komen,” katanya.

Mengulas persediaannya menghadapi PRU DUN Sarawak Ke-13, beliau berkata, dirinya sudah lama bersedia dan hanya menunggu keputusan berhubung pemilihan calon parti.

Dalam pada itu, Henry berkata PDP sudah mengenal pasti sebahagian besar senarai lapan calon yang bakal diketengahkan pada pilihan raya berkenaan, namun keputusan muktamad masih tertakluk kepada pertimbangan Presiden parti, Datuk Seri Tiong King Sing, dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Lebih kurang sudah ada, tetapi senarai itu terpulang kepada Premier untuk dimuktamadkan selepas melalui proses penelitian dan semakan di setiap peringkat, termasuk maklum balas daripada pelbagai agensi.

“Kita tunggu pengumuman sebelum penamaan calon pada 28 November ini,” katanya.

BERITA LAIN

PBB tidak berundur daripada pembangunan Sarawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan berundur daripada agenda pembangunan Sarawak meskipun berdepan gesaan supaya beberapa projek strategik negeri, termasuk pelabuhan Tanjung Embang,

BERITA TERBARU

PBB tidak berundur daripada pembangunan Sarawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan berundur daripada agenda pembangunan Sarawak meskipun berdepan gesaan supaya beberapa projek strategik negeri, termasuk pelabuhan Tanjung Embang,