ARTIKEL

Facebook Anwar Ibrahim

Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand-Kemboja – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LARUT: Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara diiktiraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun ada pihak tertentu yang enggan mengiktiraf peranan tersebut, hakikat bahawa negara terbabit memberi kepercayaan kepada Malaysia untuk memudah cara proses perdamaian membuktikan penghormatan tinggi terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara ini.

“Syukur Alhamdulillah, politik kita stabil, orang menghormati pembangunan ekonomi kita.

Apabila berlaku pergaduhan, mereka menyerahkan usaha perdamaian kepada kita.

Satu dunia iktiraf, walaupun ada beberapa orang di Parlimen yang tidak mahu iktiraf, itu tidak mengapa,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. – Bernama

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah