PEMILIK saluran YouTube Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim, 31, enggan membuat permohonan maaf atas tindakannya menghasilkan dan memuat naik video “sikap golongan B40” yang dianggap menyindir golongan itu, baru-baru ini.
Ryzal yang mengendalikan saluran itu bersama-sama isterinya, Maryam You Narae yang juga warga Korea Selatan berkata, tujuan video itu dibuat untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Sebelum ini, saya pernah tekankan saya tak perlu mohon maaf sebab saya tak rasa saya bersalah.
“Saya bukan hina mereka, saya memberi kesedaran.
“Ia memang berlaku dalam kehidupan kita dan bukan satu penghinaan.
“Niat saya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya memetik media tempatan.






