ARTIKEL

Kredit foto: Mohd Alif Noni

Durian runtuh milik Ketua Kampung, Ahli Majlis PBT tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Elaun Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) akan meningkat tahun depan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagi KMKK, pelarasan terakhir terhadap imbuhan mereka dibuat pada tahun 2018 dengan kenaikan RM100 dan sejak itu, kos sara hidup terus meningkat dan skop tanggungjawab KMKK bertambah dengan ketara.

Sebagai pengiktirafan terhadap khidmat mereka, katanya Kerajaan Sarawak akan memberi kenaikan RM400 sebulan dalam imbuhan KMKK, melibatkan peruntukan tambahan RM37 juta setahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“KMKK merupakan tunjang tadbir urus akar umbi Sarawak dan dengan lebih 7,700 pemimpin lantikan, termasuk Temenggong, Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum.

“Mereka memainkan peranan penting menghubungkan kerajaan dengan rakyat.

Mereka dipertanggungjawabkan memelihara keharmonian sosial, menyelesaikan pertikaian setempat dan menyokong pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Belanjawan Negeri Sarawak 2026 pada Persidangan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Manakala bagi semua Ahli Majlis di Sarawak, kata Abang Johari, elaun Bulanan Tetap Khas akan dinaikkan kepada RM1,000, bermula tahun hadapan.

Katanya, elaun tersebut memberi manfaat kepada 864 Ahli-Ahli Majlis yang berkhidmat di 27 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri.

“Pada masa ini, mereka hanya menerima RM300 sebulan.

“Selain kemudahan rawatan di fasiliti kerajaan, Ahli Majlis turut menikmati faedah perubatan RM1,000 setahun untuk rawatan asas di hospital atau klinik swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Pelarasan kadar elaun dan faedah perubatan ini melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM8.1 juta setahun dan akan berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU