ARTIKEL

Anwar (tengah) menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia baharu. - Foto: FB Anwar Ibrahim

Duta Malaysia pikul tanggungjawab penting melindungi kepentingan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia tentang tanggungjawab penting mereka dalam mempertahankan dan melindungi kepentingan negara Malaysia.

Beliau turut menekankan keperluan bagi mereka untuk memainkan peranan lebih proaktif yang boleh membantu meningkatkan ekonomi, tatkala Kerajaan MADANI terus menumpukan usaha mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Saya juga menekankan keperluan untuk semua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia mengambil peranan lebih proaktif dalam membuat susulan, meneroka dan menarik pelaburan asing berkualiti tinggi, serta meningkatkan perdagangan dua hala bagi meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam catatan Facebook hari ini selepas menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia baharu.

Mereka akan memulakan tugas di luar negara tidak lama lagi.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil Malaysia yang baru dilantik.
 
“Semoga mereka dapat memikul tanggungjawab baharu dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen dan kesungguhan,” katanya.

Pada 27 Ogos lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan surat cara pelantikan kepada utusan yang baru dilantik dalam satu istiadat di Istana Negara.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Mohd Aini Atan, Duta Besar Malaysia ke Sweden, Sarimah Akbar, dan Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal @ Mohd Faizal Razali.

Utusan lain ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, Duta Besar Malaysia ke Peru, Ahmad Irham Ikmal Hisham, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Mohd Shuhada Othman. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha