ARTIKEL

FB Squash Racquets Association of Malaysia

Eain Yow akur kehebatan pemain muda Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain skuasy negara Ng Eain Yow dalam kejohanan Terbuka Australia 2026 berakhir selepas tewas pada peringkat suku akhir di South Bank Piazza, Brisbane malam ini.

Pemain nombor 19 dunia itu yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan bergelut mengekang aksi mantap pilihan ketiga Mohamad Zakaria dari Mesir sebelum akhirnya tewas 7–11, 11–9, 8–11, 5–11.

Eain Yow memulakan set pertama dengan permainan kurang bertenaga apabila tewas 7–11 kepada bintang meningkat naik berusia 18 tahun itu.

Bagaimanapun, Eain Yow kembali menemui rentak pada set kedua apabila melakukan beberapa pukulan kemenangan tepat untuk memenangi set itu 11–9 sekali gus menyamakan kedudukan.

Mohamad Zakaria bagaimanapun kembali menguasai permainan pada set ketiga menerusi aksi agresif sebelum memenangi set tersebut 11–8.

Walaupun Eain Yow berusaha memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan, Mohamad Zakaria kekal dominan pada set keempat apabila menutup perlawanan dengan kemenangan 11–5 sekali gus menempah tempat ke separuh akhir.

Keputusan itu bermakna kekalahan ketiga berturut-turut pemain berusia 28 tahun itu kepada Mohamad Zakaria yang juga juara remaja dunia.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur