KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi Malaysia dijangka terus pulih seperti yang disarankan oleh Indeks Pelopor (LI) negara yang berterusan menunjukkan tinjauan ekonomi jangka pendek negara kekal optimis, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Indeks Pelopor merupakan alat yang digunakan untuk menjangka kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
“Pelancaran pakej rangsangan yang berterusan termasuk yang paling terkini Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Kita Prihatin, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta persekitaran kadar faedah yang rendah akan terus membantu pemulihan ekonomi.
“Bagaimanapun, program vaksinasi yang perlahan dan kemungkinan berlakunya gelombang baharu penularan tetap menjadi risiko penurunan,” kata firma penyelidikan itu dalam satu catatan semalam
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Apr 2021



