ARTIKEL

Abang Johari menerima cenderamata daripada pihak penganjur selepas sesi dialog dalam Leadership Soiree Dinner (Sarawak Women of Tomorrow 2025), semalam. (FOTO: UKAS)

Ekonomi Sarawak berkembang, lebih ramai tenaga mahir pulang berkhidmat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemajuan ekonomi Sarawak kini menjadi faktor tarikan baharu yang mendorong tenaga mahir di luar negeri kembali untuk berkhidmat di tanah air.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemajuan tersebut turut menawarkan kadar gaji yang setara dengan kelayakan akademik dimiliki golongan profesional.

“Disebabkan itu, kita perlu meningkatkan tahap ekonomi supaya mereka boleh bekerja di negeri ini.

“Kita juga memberi tumpuan kepada industri semikonduktor, teknologi tinggi, pertanian moden menggunakan mesin serta sektor perkhidmatan termasuk perbankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Leadership Soiree Dinner (Sarawak Women of Tomorrow 2025), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata tarif industri yang rendah dan kompetitif mampu menarik pelaburan baharu ke kawasan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.

Jelasnya, keadaan itu menjadikan produk lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Saya mengambil contoh loji methanol di Bintulu yang menyaksikan ramai rakyat Sarawak yang sebelum ini bekerja di Shell dan Petronas kembali untuk bekerja di sini kerana gaji yang ditawarkan mencukupi selain keinginan mereka pulang.

“Selain itu, dengan adanya projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang kini giat dilaksanakan, rakyat Sarawak yang bekerja dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) turut kembali untuk berkhidmat di sini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kedudukan ekonomi yang kukuh sangat penting bagi memastikan rakyat berkemahiran mempunyai peluang pekerjaan setimpal, dan mereka tidak boleh dipersalahkan jika terpaksa mencari rezeki di luar negeri.

Namun, katanya, apabila ekonomi berkembang dan kepakaran diperlukan, majoriti tenaga mahir Sarawak akan kembali untuk berkhidmat di negeri sendiri.
Ujarnya, program urbanisasi Sarawak juga menarik lebih ramai profesional untuk menyertai sektor swasta yang memerlukan kepakaran mereka.

Dalam pada itu, kerajaan turut memperkenalkan dasar visa kerja lima tahun kepada rakyat bukan Sarawak bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan