ARTIKEL

Datuk Sim Kiang Chiok

Ekonomi Sarawak kekal berdaya tahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak yang membentangkan belanjawan lebihan sebanyak RM144 juta membuktikan pengurusan fiskal yang berhemat dan bertanggungjawab.

Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Datuk Sim Kiang Chiok berkata, lebihan berasaskan anggaran hasil RM13.05 bilion berbanding perbelanjaan dirancangkan sebanyak RM12.9 bilion mencerminkan disiplin fiskal yang kukuh.

Katanya, ia sekali gus memastikan negeri kekal berdaya tahan dari segi kewangan ketika melabur dalam program pembangunan berimpak tinggi.

“Belanjawan Sarawak 2025 merupakan satu pelan fiskal yang dirangka dengan baik, berpandangan jauh dan komprehensif serta melengkapi belanjawan negara, mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan pembangunan, daya saing dan kesejahteraan jangka panjang Sarawak.

“Belanjawan tahun ini menunjukkan visi jelas Kerajaan Sarawak untuk membina masyarakat berasaskan ilmu, memacu pemodenan infrastruktur, memperkasa perlindungan sosial dan mengukuhkan tadbir urus demi memenuhi aspirasi sebuah Sarawak maju,” katanya dalam satu kenyataan.

Kiang Chiok berkata, salah satu tumpuan utama ialah komitmen negeri terhadap pendidikan tinggi percuma untuk semua rakyat Sarawak, langkah bersejarah dan strategik yang bakal mengubah landskap modal insan.

Katanya, dengan pelaburan besar dalam pendidikan, Sarawak sedang menyemai asas bagi tenaga kerja terlatih, inovatif serta berdaya saing di peringkat global, penting bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mencapai status negeri maju.

“Belanjawan ini turut mengukuhkan momentum pembangunan pengangkutan awam moden melalui sistem Transit Aliran Autonomi (ART). 

“Dengan peruntukan RM1 bilion, projek ini terus berkembang secara stabil dan rakyat Sarawak boleh menantikan perkhidmatan ART pertama beroperasi menjelang akhir 2026.

“Sistem penting ini bakal merubah mobiliti di Greater Kuching serta menyokong masa depan lebih hijau dan rendah karbon,” ujarnya.

Beliau menambah, penerusan dan penambahbaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada 2026 dengan peningkatan bantuan bagi semua kategori memastikan tiada keluarga di Sarawak tercicir dan tiada rakyat berdepan kelaparan atau kesusahan melampau.

Di samping itu beliau berkata, penambahan empat kementerian baharu dalam kabinet negeri adalah langkah tepat pada masanya serta strategik.

 “Langkah ini mengukuhkan keupayaan institusi, menambah baik penyampaian dasar, dan memastikan Sarawak kekal di hadapan dalam arus pembangunan sambil menangani keperluan serta peluang yang semakin berkembang,” katanya. 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan