ARTIKEL

Ekonomi Sarawak terus dikukuhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha gigih serta komitmen perkhidmatan awam negeri menyumbang kepada kejayaan Sarawak mencatatkan prestasi perolehan hasil tertinggi kerajaan negeri tahun lepas, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pengiktirafan sewajarnya perlu diberikan kepada petugas perkhidmatan awam negeri, terutama dalam membantu Kabinet negeri melaksanakan dasarnya.

“Dengan kerjasama anda, anggota perkhidmatan awam dan usaha gigih tahun lepas, kita berjaya mencatatkan rekod hasil baharu, yang menyaksikan perolehan hasil negeri melonjak menjangkau hampir RM12 bilion.

“Kami di dalam kerajaan juga akan sentiasa mencari jalan baharu untuk mengukuhkan ekonomi negeri terutamanya dalam menuju ke arah negeri maju dengan pendapatan tinggi,” katanya semasa berucap di majlis sambutan Tahun Baharu Cina Pejabat Premier Sarawak di sini.

Pada 2 Februari lepas, Abang Johari berkata, Sarawak mencatatkan perolehan hasil RM11.9 bilion bagi tahun 2022, prestasi tertinggi dicatatkan kerajaan negeri sehingga kini.

Beliau berkata, angka itu melepasi perolehan hasil yang diunjurkan yakni RM10.2 bilion, sebanyak 17 peratus.

Abang Johari berkata, perolehan hasil negeri Sarawak melibatkan empat kategori utama, yakni hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil serta pembayaran balik dan geran persekutuan. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan