ARTIKEL

Eksekutif jadi penjual kuih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seperti kebanyakan orang, Mohamad Hisyamuddin Hamdani, 32 turut mengharapkan pandemik Covid-19 akan berakhir ketika melangkah ke tahun 2021. Hisyamuddin antara rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan akibat wabak maut ini.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini bekerja dalam sektor penerbangan sebagai Eksekutif Perkhidmatan Tetamu memastikan orang kelainan upaya (OKU) dilayan sebaiknya ketika menikmati penerbangan mereka.
“Setelah diberhentikan kerja pada 16 Jun lalu, saya rasa tertekan, sedih dan menangis. “Saya memikirkan masa depan  anak lelaki saya yang berusia dua tahun dan isteri seorang suri rumah serta komitmen kewangan dan perbelanjaan bulanan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak baru-baru ini.

OKU yang dibantu oleh Mohamad Hisyamuddin Hamdani ketika berkerja dengan syarikat penerbangan sebelum diberhentikan ekoran pandemik Covid-19.

Hisyamuddin berharap dapat membersihkan rekod kewangannya ekoran masalah kewangan sekiranya mempunyai pekerjaan kelak.
Katanya, dia berdepan dengan implikasi kewangan, kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta. “Syukur keluarga saya di Kuala Lumpur menolong saya membayar ansuran bulanan dan ketika ini mereka menggunakan kereta saya untuk pengangkutan harian.
“Saya memang memohon moratorium, tetapi pinjaman tertentu saya masih perlu membayar jumlah minimum yang diberikan.
“Malangnya kerana menganggur, saya tidak mampu membayar jumlah minimum menyebabkan saya disenarai hitam. Itu adalah terma dan syarat dan pihak bank,” tambahnya yang mengahwini wanita kelahiran Sarawak.
Jelasnya, pada akhir bulan Jun 2020, beliau bernasib baik kerana dapat kembali ke Kuching oleh JPBN. “Akhirnya bertemu dengan isteri dan anak lelaki saya. Sekarang tinggal di rumah mentua.
“Meskipun saya bekerja di KLIA2 dan isteri bersama-sama anak di Kuching, saya akan bertemu dengan mereka dua minggu sekali,” tegasnya.
Tidak ingin berpeluk tubuh sahaja, beliau kini membantu isterinya menjual kuih-muih secara talian untuk pelanggan di sekitar bandar raya Kuching.
“Sekurang-kurangnya keuntungan hasil menjual kuih-muih dapat membantu kami bertahan melalui hari-hari yang sukar.
“Saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga di KL, keluarga mentua dan isteri untuk tidak berputus asa mecari pekerjaan baharu,” ujarnya.
Mengimbas kembali pekerjaannya, beliau amat seronok kerana membantu OKU menaiki penerbangan dengan memeriksa jenis kerusi roda dan bateri yang dibenarkan memasuki pesawat agar selamat.
“Saya juga memastikan kebajikan orang kenamaan dijaga ketika menaiki pesawat. “Sejak Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik, kejatuhan penumpang amat ketara daripada 50,000 kepada 1,000 penumpang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha