ARTIKEL

MEMORI... Faisal Ahmad menunjukkan kenangan bersama pendaki yang lain di Mulu

Ekspedisi Taman Negara Mulu mencabar namun dekat di hati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lapan peserta dari Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Mulu 2025 yang telah bermula pada 29 Jun hingga 2 Julai 2025.

Ekspedisi selama empat hari menggabungkan aktiviti lasak dan penjelajahan alam semula jadi yang menuntut ketahan fizikal dan mental yang tinggi para peserta.

Salah seorang peserta, Faisal Ahmad, 46, mengakui ekspedisi selama empat hari itu agak mencabar terutama ketika mereka mencapai penanda (cek point) pada jarak 900 meter.

“Ada sesetengah bahagian agak mencabar berikutan kita terpaksa menaiki laluan tersebut dengan menggunakan tali, ditambah dengan laluannya berbatu.

“Walaubagaimanapun, kami berjaya merentasinya dengan selamat sebelum menempuh beberapa laluan yang boleh dianggap mencabar,” katanya kepada Suara Sarawak.

Selepas mencapai jarak dua kilometer dari kem asal, pasukan sekali lagi menempuh cabaran dengan menaiki sebanyak 17 buah tangga sebelum berada di puncak sebenar yang berjarak 2.4 kilometer.

“Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan, kami sangat gembira berjaya mencapai puncak biarpun pada awalnya memikirkan tidak dapat menyelesaikan tugasan hingga ke akhir.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana memberi sokongan dan semangat untuk kami semua dapat bertahan hingga ke puncak,” ujarnya.

Menurut beliau, rombongan mereka terpaksa menaiki perahu kira-kira dua jam menyelurusi sungai Melinau yang dihiasi pelbagai kecantikan alam semula jadi flora dan fauna.

Terdahulu, ekspedisi tersebut memilih Taman Negara Mulu iaitu tapak warisan dunia UNESCO menjadi ekspedisi pertama dilaksanakan oleh KDJA di lokasi terbabit.

Seramai 10 peserta menyertai program secara keseluruhan termasuk wartawan serta ahli KDJA yang terlibat secara langsung dalam operasi lapangan.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu