ARTIKEL

Eksport M’sia catat pertumbuhan positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum positif pada Februari 2025, mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM223.89 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MITI menjelaskan eksport meningkat 6.2 peratus kepada RM118.26 bilion, manakala import naik 5.5 peratus kepada RM105.64 bilion.

“Ini merupakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-14 bulan berturut-turut bagi perdagangan dan bulan kelima berturut-turut bagi eksport.

“Sementara itu, lebihan dagangan meningkat kepada RM12.62 bilion, merupakan lebihan yang ke-58 bulan berturutturut direkodkan sejak Mei 2020.

Perdagangan, eksport dan import juga mencatatkan nilai tertinggi dalam sejarah untuk Februari,” tambah MITI dalam kenyataan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia semalam.

MITI memaklumkan kenaikan eksport didorong terutamanya oleh peningkatan permintaan bagi barangan perkilangan (85.7 peratus daripada jumlah eksport) yang naik sebanyak 8.8 peratus kepada RM101.3 bilion.

Kenaikan itu disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), yang meningkat melebihi RM7 bilion, menurut kementerian itu.

MITI menjelaskan keluaran pertanian, khasnya minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, turut menyumbang kepada kenaikan eksport.

Dari segi pasaran, eksport ke rakan dagang utama iaitu ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan mencatatkan pertumbuhan, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan permintaan bagi barangan E&E, khususnya peranti semikonduktor dan litar bersepadu elektronik (IC), menurut kementerian itu.

MITI menambah, kenaikan itu selaras dengan unjuran 11.2 peratus pertumbuhan jualan semikonduktor global 2025 yang dikeluarkan oleh World Semiconductor Trade Statistics (WSTS). – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan