MUKAH: Pertubuhan Belia Parlimen Mukah akan menganjurkan Ekstreme Mukah X Factor 2023 sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Mukah pada Sabtu ini (17 Jun).
Pengerusi Pengelola selaku Ahli Parlimen Belia Mukah, Tarmizi Abedah berkata, orang ramai dijemput untuk memeriahkan aktiviti yang berlangsung di Padang Mesra Mukah.
Menurutnya, tempat pertama pertandingan ini menerima wang tunai RM300, diikuti tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM100.
“Syarat-syarat pertandingan disediakan adalah sebagai garis panduan.
“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pengunjung.
“Peserta diwajibkan untuk menyelesaikan setiap tugasan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan sekiranya gagal, peserta tersebut dianggap kalah.
“Peserta yang berjaya menyelesaikan tugas dengan kiraan masa terpantas akan dikira sebagai pemenang,” katanya.
Tarmizi menambah, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Johnny (0108878860) ataupun Tarmizi Karnain (0168767504).


