DUNIA yang semakin mudah mengakses maklumat dengan teknologi yang semakin canggih dengan mengetik sahaja melalui telefon pintar beribu informasi yang diperoleh.
Begitu juga cabaran yang dihadapi dalam mendidik anakanak yang semakin terdedah dengan teknologi maklumat semasa.
Apatah lagi mereka terdedah dengan tontonan yang tidak sepatutnya seperti pornografi.
Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanakkanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.
Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.
Tahukah anda mengajak kanak-kanak menonton pronografi merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(e) Akta KesalahanKesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pernah berlaku di negeri ini seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching di bawah Seksyen terbabit kerana mengajak adik perempuannya menonton video lucah dalam telefon milik tertuduh.
Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun sendiri membuat laporan polis tentang perbuatan abangnya yang membawa dia menonton animasi berbaur pornografi di kediaman mereka di sebuah kampung, Jalan Penrissen, sekitar jam 8.30 malam.
Tindakan abangnya pasti memberi trauma kepada kanak-kanak tersebut apabila didedahkan dengan video tidak senonoh. Dalam pada itu, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten mendedahkan bahawa golongan penjenayah pedofilia semakin meningkat. Bagi tempoh dua tahun iaitu 2021 dan 2022, sebanyak 3,360 kes rogol kanak-kanak dilaporkan.
Pada tahun 2021, sejumlah 1,605 kes direkodkan manakala tahun 2022 mencatatkan 1,755 kes, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 150 kes. Modus operandi pelaku dengan berkenalan dengan mangsa di platform media sosial lalu mempengaruhi melakukan hubungan seks. Trend terbabit didapati semakin berkembang dan menimbulkan kebimbangan.
Apatah lagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu mudah terjebak hingga berani mengakses laman web yang memaparkan aksi lucah dan melihat gambar tidak senonoh hingga menyebabkan ketagihan. Apabila mangsa berjaya masuk ke perangkap pelaku, dia akan mengugut hendak menyebarkan video lucah mangsa sekiranya enggan dibawa memelakukan hubungan seks atau diberikan sejumlah wang.
Pada 2021, terdapat 183 kes bagi kes ugutan bagi tujuan sebar gambar atau video lucah mangsa, manakala tahun 2022 pula sebanyak 133 kes. Dalam menghadapi cabaran seperti ini terutamanya akses Internet yang semakin mudah pebagai cara untuk membendung gejala. Bagi membendung gejala ini, ibu bapalah yang menjadi peranan penting dalam menangani anak-anak mereka terdedah dengan pengaruh negatif internet.
Pemantauan ketat gajet yang digunakan oleh anak-anak perlu dilakukan bagi melindungi mereka daripada terjebak dengan pengaruh negatif terbabit.
Antara yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak gajet yang anak mereka guna tentang laman sesawang yang pernah dilayari serta mengambil tahu semua platform media sosial yang sering mereka gunakan.
Selain itu, pendedahan mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya mengenai pedofilia juga harus dilakukan kepada di peringkat sekolah. Kempen jenayah seksual terhadap kanak-kanak harus didedahkan dalam pelbagai bentuk di semua peringkat termasuklah melalui platform media sosial. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual.



