ARTIKEL

Elak jadi mangsa penipuan kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber serta sentiasa berwaspada ketika menggunakan teknologi dan Internet bagi mengelak menjadi mangsa penipuan kewangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jenayah penipuan kewangan dan scam memberi risiko sangat besar terhadap kemandirian negara, dengan kesan langsung jenayah kewangan secara terancang menyebabkan negara mengalami kerugian kewangan.

“Saya menggesa semua penjawat awam untuk memberi perhatian yang sewajarnya berkenaan isu penipuan kewangan, modus operandi dan tip pencegahan pelbagai jenis scam.

“Kerajaan juga sentiasa peka terhadap isu melibatkan keselamatan rakyat, ancaman dan serangan siber turut tidak terkecuali.

“Dalam hal ini, pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya menerusi Facebook rasminya sempena perasmian Majlis Penutupan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023, di Putrajaya. Program itu merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi Berhad, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) serta ahli Gabungan Bertindak Antiscam (GBAS).

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, melalui pengisian seminar dan forum jelajah antiscam yang diadakan, beliau yakin banyak informasi dan amalan terbaik keselamatan siber dapat dipelajari dan diambil perhatian oleh penjawat awam.

Katanya, usaha itu bagi memastikan penjawat awam tidak mudah terpedaya, lalu terjerumus sebagai mangsa penipuan kewangan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)