ARTIKEL

Elak kebakaran rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penduduk rumah panjang diingatkan supaya tidak membuat penyambungan wayar elektrik secara haram kerana ia boleh menjadi punca kebakaran.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata ia kerana kebakaran bukan sahaja berpunca daripada api dapur dan lilin tetapi juga disebabkan litar pintas.

“Lintar pintas berlaku antaranya disebabkan penggunaan wayar elektrik yang tidak mengikut standard dan terlalu banyak sambungan wayar dalam satu soket,” katanya semasa berucap pada program Ngentak Rumah Panjai Baharu di Rumah Gabriel Jayan, Kakus, semalam.

Selain itu, beliau berkata penduduk yang ingin membina rumah panjang baharu perlu menitikberatkan ciri – ciri keselamatan bagi mengelak kebakaran.

“Contohnya mempunyai jarak atau ruang antara bilik dan ruai dengan bahagian dapur.

Tuai Rumah Jayan menyampaikan cenderahati kepada John Sikie.

“Jika berlaku kebakaran, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan rumah panjang dan kebakaran dapat dikawal,” katanya.

Sementara, John Sikie yang juga Adun Kakus berkata Kerajaan Sarawak pada tahun lepas telah membekalkan elektrik ke beberapa rumah panjang di kawasan Ulu Kakus melalui projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Malah, katanya kerajaan kini sedang giat menjalankan penyambungan elektrik melalui Skim Elektrik Luar Bandar (RES) ke kawasan Rumah Ado sehingga ke Nanga Kelebu.

Pada program itu, beliau mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) masing-masing RM25,000 dan RM5,000 kepada JKKK dan Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha