ISU MUFLIS PADA USIA MUDA bukanlah satu perkara baharu. Ada kalanya, sesetengah anak muda terpaksa berhutang atau membuat pelaburan yang tidak pasti.
Tidak dinafi kan, majoriti kita pasti mempunyai hutang. Bezanya, adalah dari segi pengurusan hutang.
Oleh itu, pelbagai cara boleh dilakukan dalam mengurus kewangan.
Menerusi pembacaan buku Anak Muda Bebas Hutang, banyak ilmu yang dikongsi oleh penulis, Dr. Badrul Hisham Mohd Yusoff tentang dunia mengurus hutang.
Buku ini sesuai dibaca semua lapisan masyarakat terutamanya kepada graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.
Buku ini sedikit banyak membantu mengetengahkan beberapa solusi dan idea untuk mengurus hutang.
ISI KANDUNGAN
Terdapat lapan bab utama yang diutarakan penulis.
Ia mengandungi beberapa formula, tip, teknik, nota dan perkongsian pengalaman untuk golongan muda.
Ia dilengkapi dengan gambar rajah dan jadual ringkas, menjadikan buku ini mudah dibaca dan dihayati oleh pembaca.
Pengalaman penulis banyak mengajar bahawa tidak ada jalan yang singkat dalam mencapai kebebasan kewangan.
Dalam bab dua, penulis berkongsi tentang perancangan elak hutang yang amat bermanfaat untuk difahami.
Pembaca didedahkan dengan beberapa formula menabung dan tujuh langkah memulakan hidup bebas hutang.
Mula menyimpan dana kecemasan sebanyak RM1,000, simpanan bersamaan perbelanjaan tiga hingga enam bulan dan pelaburan untuk dana persaraan — sekurangkurangnya 15 peratus daripada pendapatan.
Langkah mudah ini kadangkadang tidak dapat dituruti disebabkan nafsu berbelanja.
Kebelakangan ini, isu mufl is dalam kalangan anak muda amat membimbangkan.
Kebanyakan lepasan graduan terikat dengan hutang pinjaman pelajaran, hutang sewa beli kenderaan dan kad kredit.
Terdapat beberapa tip berguna dan saranan penulis berkaitan hutang tersebut.
Antaranya menambahkan pengetahuan dalam pendidikan dan perancangan kewangan serta berbelanja mengikut kemampuan.
Selain itu buku ini turut memparkan rujukan yang sesuai dan tepat dalam membuat ‘hutang sihat’ — pinjaman untuk menambahkan aset seperti rumah, saham dan sebagainya.
Melalui pembacaan buku ini, ia dapat memberi idea bagaimana untuk kita keluar dari belenggu masalah hutang.
Pada pengakhiran buku ini, pembaca didedahkan dengan salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan iaitu pengurusan risiko serta perlindungan harta atau sumber kewangan.
Salah satu instrumen kewangan yang sesuai untuk melindungi hutang kita ialah takaful.
Empat takaful yang difokuskan ialah takaful nyawa, perubatan, rumah dan motor (kenderaan).
Kewajipan menunaikan zakat dan amalan bersedekah juga turut ditekankan.
KESIMPULAN
Buku ini harus dijadikan sebagai salah satu bahan biblioterapi.
Cara-cara mengurus hutang yang bijak dan pelbagai ilmu kewangan yang diperoleh melalui penulisan buku ini sangat penting untuk diamalkan oleh semua golongan terutamanya anak muda agar dapat menjalani kehidupan tanpa hutang, sekali gus memberi ketenangan fikiran dan perasaan.
Jangan mudah terpedaya dengan gaya hidup orang lain sehingga memudaratkan diri sendiri.
Hal ini kerana ramai individu yang mudah terikut-ikut trend di luar kemampuan demi kelihatan setaraf dengan orang lain.



