ARTIKEL

TERBAIK… Paulus, Paul Bond serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama peserta yang mengikuti Program Kesedaran Alam Sekitar: Kebersihan Sungai dan Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Masyarakat di Dewan Kampung Pangkalan Madang.

Elak pembakaran terbuka untuk jaga kualiti udara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Penduduk diajak untuk bersama-sama menjaga kualiti udara dengan mengelakkan pembakaran terbuka.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam berkata, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak giat menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat tempatan untuk lebih peka terhadap alam sekitar.

Menurutnya, semua pihak perlu bersatu dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Justeru, penduduk khususnya di kawasan Batu Danau, Bahagian Limbang digesa untuk memastikan kualiti udara sentiasa dalam keadaan baik dengan mengelakkan pembakaran terbuka.

“Ini memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan berjerebu, terutama pada musim kering berpanjangan atau kemarau,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Kontroler Kualiti Alam Sekitar Paul Bond Chamberlin pada Program Kesedaran Alam Sekitar: Kebersihan Sungai dan Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Masyarakat yang dirasmikan oleh ADUN Batu Danau Datuk Paulus @ Palu Gumbang di Dewan Kampung Pangkalan Madang, baru-baru ini.

Sekiranya pembakaran perlu dilakukan untuk aktiviti pertanian jelasnya, petani perlu lebih berhati-hati agar ia tidak merebak sehingga tidak terkawal dan berlakunya bencana jerebu.

Program anjuran NREB Bahagian Limbang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangkalan Madang selama dua hari itu disertai kira-kira 130 penduduk setempat.

Antara agensi terlibat ialah Majlis Daerah Limbang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang, Pejabat Kesihatan Limbang dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Limbang.

Objektifnya meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu berkaitan pencemaran sungai, pembakaran terbuka dan implikasi pencemaran terhadap kesihatan sejagat.

Wakil Residen Bahagian Limbang Ayunni Tamimi dan Ketua Kampung Pangkalan Madang Morni Garai turut hadir sama.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli