ARTIKEL

Elaun pelatih kerajaan diperkenalkan semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih (intern) yang berkhidmat di bawah kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kewajipan membayar elaun ini akan merujuk kepada pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Kementerian Belia dan Sukan serta dikongsi di laman sosial miliknya.

Syed Saddiq berkata skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan dan ia akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih.

“Ini adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar (paid internship) dan saya berharap ia akan ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia yang merentasi sektor awam dan swasta,” katanya.

Syed Saddiq baru-baru ini dilaporkan berkata akan membangkitkan isu latihan praktikal berbayar pada mesyuarat Kabinet.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu berkaitan anak muda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah